Jamie Carragher Anggap Van Dijk Setaraf Pemain Bersara
MakanBola
LFC Transfer Room

Ramai penyokong Liverpool masih tidak percaya pasukan kesayangan mereka itu dibelasah Real Madrid dalam perlawanan pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Dengan mutu pertahanan yang teruk ditampilkan tonggak seperti Virgil van Dijk, tidak hairanlah legenda Liverpool, Jamie Carragher menggelar bek tengah Belanda itu setaraf pemain yang sudah bersara.

Baginya, barisan pertahanan Reds seakan tidak bermaya menahan asakan jentera serangan Los Blancos diketuai Karim Benzema. Walaupun van Dijk kembali mengetuai barisan pertahanan, ia langsung tidak memberi kesan sama sekali.

Dan itu membuatkan Carragher hilang sabar semasa menjadi pundit perlawanan tersebut di CBS Sport. “Dengar, pertama sekali, persembahan yang ditunjukkan Real Madrid amat menakjubkan, untuk datang ke Anfield dan melakukannya.

Ad

“Saya tak pernah lihat satu pasukan datang ke Anfield pada malam perlawanan kejohanan Eropah yang saya boleh ingat, yang saya terlibat atau pernah lihat menunjukkan prestasi sebegitu dan memusnahkan Liverpool sebegitu rupa.

“Tetapi ini amat memalukan untuk Liverpool. Memalukan. Pelbagai alasan dibuat mereka sepanjang musim, sebab mereka tidak beraksi dengan baik seperti musim-musim sebelumnya tetapi persembahan separuh masa kedua mengecewakan.

Ad
Ad

“Untuk kalah di babak kedua 3-0, anda menyerang Kop (bahagian stadium di Anfield), perlawanan kalah mati… seperti saya katakan, amat memalukan daripada Liverpool. Dari segi apa yang saya kata memalukan, saya bercakap tentang pertahanan mereka sepanjang musim ini,” katanya.

Ad

Sebelum ini, Liverpool mempunyai rekod pertahanan yang mantap sepanjang era Jurgen Klopp sehingga menjulang EPL musim 2019-2020 dan UCL (2018-2019). Malah, beberapa bulan lepas, van Dijk secara bergurau mengatakan amat sukar untuk Carragher beraksi bersama mereka.

Ternyata kenyataan tersebut kini menghantui bekas bek tengah Celtic itu. “Kita sentiasa mencari sebab dan alasan tetapi tidak.

“Ia tidak bagus sama sekali terutama dari segi pertahanan… apa yang membuatkan saya ketawa ialah Virgil van Dijk kata saya tak mungkin saya boleh bermain di pertahanan mereka lebih dua bulan lepas. Saya fikir saya boleh ambil tempatnya sekarang!” tambahnya.