Advertisements
Janji Darren Lok Tertunai
Dunia
MakanBola
Team Malaysia

Penyerang sensasi Harimau Malaya, Darren Lok akhirnya berjaya mengotakan janjinya untuk menghadiahkan gol buat Malaysia.

Dalam pertembungan bersejarah antara pasukan Malaysia dan Bangladesh semalam, skuad Harimau Malaya berjaya menewaskan Bangladesh dengan keputusan 4-1. Jaringan keempat yang tercetus menerusi Darren Lok telah melengkapkan malam gemilang buat seluruh rakyat Malaysia.

Dimasukkan pada babak kedua permainan bagi menggantikan Syafiq Ahmad, Darren Lok tidak mensia-siakan peluang yang diberikan itu untuk mencatat nama sebagai penjaring. 

Pada minit ke-73 permainan, Darren Lok dilihat tenang menyempurnakan hantaran daripada Akhyar Rashid dengan satu tampanan ke arah gawang Bangladesh. Jaringan Darren Lok gagal diselamatkan penjaga gol Bangladesh, Anisur Rahman.

Tidak cukup dengan itu, Darren Lok terus konsisten mengasak benteng pertahanan pasukan Bangladesh dan memberi tekanan buat pihak lawan. Larian deras Darren beberapa kali berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan anak buah kendalian Javier Cabrera.

Kesungguhan, kerajinan serta semangat yang ditampilkan Darren membuktikan beliau layak menjadi antara penyerang terbaik di dalam negara. Konsistensi beliau ketika di atas padang itulah yang melayakkan Malaysia ke pentas Piala Asia 2023.

Sejarah tercipta, janji turut dikota dengan jaringan bermakna. Terima kasih Darren Lok kerana sentiasa menggembirakan hati rakyat Malaysia.