Jaring Gol Berkasut Sneakers, Kata Son Heung-min “Ini Baru 60% Kekuatan Saya”
Hiburan
FA Korea
Advertisements

Kapten pasukan Korea Selatan, Son Heung-min memberitahu bahawa beliau baru menggunakan 60 peratus kekuatannya untuk menjaringkan gol yang sangat berkualiti.

Pemain berusia 31 tahun itu bakal memimpin Taeguk Warriors ke Piala Asia 2023 sebagai salah satu pasukan pilihan untuk menamatkan penantian pasukan menjulang trofi berprestij Asia tersebut.

Beliau mempamerkan aksi terbaik ketika melakukan beberapa sepakan menggunakan dua belah kakinya sungguhpun hanya berpakaian biasa tanpa but bola.

Advertisements

Ketika merakamkan video promosi bagi air minuman tenaga Gatorade, bintang Tottenham Hotspur ini mempamerkan kebolehan untuk menjaringkan gol yang cukup cantik.

Semua mata tertumpu apabila salah satu sepakan percumanya melencong cantik sebelum berjaya menerjah jaring.

Son juga membuatkan penjaga gol tidak percaya bahawa beliau mampu melakukannya dengan menggunakan kasut sneakers.

Advertisements

“Bolehkah dia menjaringkan gol dengan kasut sneakes?”

Bekas pemain Bayer Leverkusen itu juga seakan tidak percaya bahawa beliau memiliki kebolehan yang amat baik tanpa but bola.

Pada musim ini, beliau sudah menjaringkan 12 gol dalam 20 penampilan di Liga Perdana Inggeris (EPL) sementara 41 gol dalam 116 penampilan bersama Korea Selatan.

Advertisements

Ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann mengakui impak besar yang bakal dibawa oleh Son bakal memberi kelebihan buat pasukannya kerana mampu memainkan peranan yang berbeza.

Malaysia bakal bertemu Korea Selatan pada aksi ketiga Piala Asia untuk mengesahkan slot ke pusingan kalah mati pada 25 Januari 2024.

Pautan: Gol Cantik Son Heung-min

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram