Jaringan Penalti Safawi dan De Paula Tutup Mulut Pengkritik
Dunia
Advertisements

Jaringan penalti De Paula semasa menentang Vietnam pasti tidak akan dilupakan oleh para pengkritiknya. Jaringan tersebut menjadikan kedudukan semasa 1-1 untuk perlawanan Malaysia menentang Vietnam.

Walaupun Malaysia akhirnya tewas 1-2 namun pujian harus diberikan kepada para pemain yang bermain bola sepak menyerang berbanding ketika menentang UAE.

Larian De Paula selepas menjaringkan gol berkenaan membuktikan kemampuan sebenarnya yang dipendam khas untuk perlawanan seterusnya.

Advertisements

Jika dilihat dengan mata kasar, larian De Paula hampir menyamai kelajuan pelari profesional di mana ianya mampu memberikan kiraan 12 saat untuk jarak 100 meter. Satu tahap yang baik dan memberikan kita gambaran apa yang beliau mampu berikan pada masa hadapan.

Seperti ikan yang memperoleh makanan, pemain sensasi Malaysia, Safawi Rasid juga tidak ketinggalan. Beliau berjaya memperoleh penalti setelah dijatuhkan pertahanan Thailand sekaligus menyepak masuk gol penalti yang mengasyikkan.

Safawi lantas memberikan tanda papan kekunci telefon bimbit atau tablet sambil berlari kemudian menunjukkan isyarat “Senyap”. Satu tindakan yang berani, melambangkan kekuatan sebenar Safawi di padang.

Advertisements

Disebalik kejayaan seseorang ahli sukan, terdapat doa dan usaha belakang takbir dari keluarga, rakan-rakan, dan juga peminat yang sanggup menghabiskan masa dan wang ringgit demi sukan yang paling diminati di Malaysia ini.

Tanpa peminat, bola sepak tiada maknanya melainkan hanya sekadar sukan.

Kritikan tanda sayang. Bukan benci.

Advertisements

Namun pemain juga ada hati dan perasaan. Jadinya kedudukan penuh kini:

Safawi Paula 1-1 Pengkritik United.

Selamat maju jaya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram