Jaroslav Silhavy: Kami Sudah Kaji Taktikal Malaysia Di Bukit Jalil
Asia
Oman FA
Advertisements

Jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy mengakui persiapan pasukan kendaliannya dalam keadaan baik menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 berdepan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa.

Beliau yang ditemui ketika sidang media pra perlawanan menegaskan bahawa mental dan fizikal anak-anak buahnya kini di tahap terbaik bagi mengulangi kemenangan di Muscat minggu lalu pada pertemuan di Bukit Jalil esok.

“Saya harap dapat ulangi kemenangan lalu di Bukit Jalil. Kami percaya Malaysia adalah pasukan baik tetapi kami percaya pemain bersedia. Barisan kejurulatihan sudah kaji kekuatan Malaysia,” katanya kepada pihak media.

Advertisements

Pengendali kelahiran Republik Czech ini tidak mahu pasukannya terlalu menghormati skuad negara dan sentiasa bersedia mengekang corak permainan Malaysia yang pastinya berbeza esok.

“Kami percaya Malaysia mempamerkan permainan yg sangat teratur, kami tak mahu menghormati lawan, kami akan buat yg terbaik, laju dalam membuat serangan, pemain yg pantas tetapi kami sudah bersedia,” ujar beliau lagi.

Advertisements

Tambahnya lagi, beraksi di laman sendiri bakal menjadi kelebihan buat skuad Harimau Malaya dengan sorakan padu para peminat dan beliau tidak gentar melihat banyak pasukan yang bergelut apabila beraksi di Bukit Jalil sebelum ini.

“Kami tahu Malaysia sangat tersusun dan mereka beraksi di laman sendiri dan menjadi sokongan terhebat. Kami beraksi seperti biasa walaupun banyak pasukan berdepan kesukaran di sini. Kami tidak terlalu kisah ttg Malaysia kerana kami bermain untuk menang,” tambah jurulatih berusia 62 tahun itu.

Advertisements

Beliau yang dilantik pada Februari lalu mengakui ini adalah kali pertama beliau menjejakkan kaki di Stadium Nasional Bukit Jalil dan tidak sabar untuk merasai pengalaman berada di stadium berkenaan.

“Sudah tentu saya pertama kali di sini (Malaysia), saya selalu menonton Malaysia dan saya hormati mereka. Kami tiada apa yang mahu disorokkan daripada Malaysia.”

Advertisements

“Kita saling mengetahui dan kami bersedia untuk berdepan Malaysia.”

Pada aksi lalu, skuad negara kendalian Kim Pan-gon terpaksa akur tunduk 2-0 kepada Oman di Kompleks Sukan Sultan Qaboos hasil penyudah Issam Al Sabhi dan Muhsen Al Gassani.

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi aksi peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2026 pada Selasa dengan sepak mula dijadualkan jam 10 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram