Javier Cabrera: Pemain Malaysia Bakal Turun Dalam Tekanan

Bangaldesh MAS Javier Cabrera: Pemain Malaysia Bakal Turun Dalam Tekanan
Foto: AzriHaziq/MakanBola
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Jurulatih pasukan kebangsaan Bangladesh, Javier Cabrera sudah pun mula untuk melancarkan perang psikologi menjelang sepak mula menentang Malaysia esok.

Beliau yang hadir ketika sesi temubual pra perlawanan menentang Malaysia pagi ini yakin anak buahnya bakal memberikan yang terbaik dalam usaha untuk menyukarkan misi Harimau Malaya memperoleh 3 mata.

Advertisements

Malah, Cabrera optimis mereka sudah pun mempunyai perancangan yang rapi untuk turun berdepan puluhan ribu penyokong tegar pasukan kebangsaan.

Namun begitu, beliau melihat pertembungan ini lebih memberi tekanan kepada anak buah Kim Pan-gon dalam usaha untuk mara ke Piala Asia.

Advertisements

“Tekanan sudah pasti kepada Malaysia.”

“Mereka berada pada rangking yang lebih tinggi dan ini merupakan peluang terbaik mereka untuk mara ke Piala Asia.”

Advertisements

Walau bagaimanapun, beliau lebih terarah untuk mempersiapkan pasukannya dalam memastikan mereka turun dalam keadaan yang cukup bersedia.

“Ini peluang terbaik untuk kami menunjukkan yang terbaik.”

Advertisements

Ketika ini, Malaysia dalam kedudukan yang terbaik untuk meraih 3 mata untuk layak ke Piala Asia.