Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Dalam satu ruang komen di Instagram, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Idris telah tampil menjawab persoalan yang sering dikaitkan dengan penyerang naturalisasi negara, Guilherme De Paula.

De Paula sebelum ini hangat dikritik peminat Harimau Malaya kerana beliau dilihat mempamerkan aksi sambil lewa ketika beraksi bersama pasukan kebangsaan.

Namun dalam perlawanan Kelantan FC bertemu Johor Darul Ta’zim semalam, De Paula telah diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan. Pertaruhan Benjamin Mora dengan meletakkan De Paula sebagai penyerang utama jelas membuahkan hasil apabila birthday boy itu berjaya meledak satu gol cantik sekaligus membantu JDT meraih tiga mata penuh.

Advertisements

Persembahan memukau De Paula telah menjadi bualan hangat peminat bola sepak tempatan apabila penyerang kebangsaan itu beraksi dengan cukup bertenaga. Bermain dengan intensiti yang tinggi, De Paula juga rajin melakukan asakan dan beberapa kali berjaya memerangkap pertahanan lawan.

Tunku Ismail Idris hari ini turut sama tampil memberikan komentar berkenaan prestasi pemain itu menerusi laman rasmi Instagram miliknya. Ujar TMJ, jikalau De Paula berlari dengan sambil lewa dalam perlawanan bersama JDT, beliau pasti akan berenang di kolam bersama buaya.

“Kenapa di JDT De Paula tak jogging tetapi dia kerap membuat high pressing? Kerana di JDT jikalau dia berlari sambil lewa dia berenang di kolam buaya. Simple,” komen TMJ.

Advertisements
7C89BBE2 68D2 4E35 9C52 99FDA061EA8E Jawapan Padu Tunku Ismail Mengenai Aksi Lain Macam De Paula Bersama JDT
Foto: Harimau Selatan X

Komen padu TMJ itu sekaligus telah menarik perhatian ramai peminat JDT dan beberapa penyokong bola sepak tempatan. Kritikan dan komentar-komentar membina seperti ini pasti akan membantu meningkatkan lagi prestasi dan mutu permainan seseorang pemain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram