Jawapan Spontan Kim Pan-gon Mengenai Kesebelasan Utama Berdepan Bangladesh

Pan gon 7 Jawapan Spontan Kim Pan-gon Mengenai Kesebelasan Utama Berdepan Bangladesh
AzriHaziq/MakanBola
Nik Faris @nikfalovic
12:41pm 13/06/2022

Jurulatih pasukan negara, Kim Pan-gon memberi maklum balas spontan mengenai perancangan beliau berdepan Bangladesh esok.

Malaysia bakal turun dalam aksi terakhir peringkat kumpulan dalam usaha untuk meraih 3 mata berharga bagi memastikan pasukan layak ke Piala Asia.

Walau bagaimanapun, jurulatih kelahiran Korea Selatan ini sudah mempunyai perancangan sendiri dalam usaha untuk mematahkan kemaraan pasukan kendalian Javier Cabrera.

Mengulas lanjut, beliau juga memberi bayangan bahawa terdapat beberapa perubahan dalam kesebelasan utama menentang Bangladesh ini.

Dalam temubual pra perlawanan menentang Bangladesh hari ini, jurulatih kelahiran Korea Selatan ini sedar akan kemampuan para pemain Bangladesh.

“Secara umumnya pasukan Bangladesh merupakan satu perlawanan sukar.”

“Mereka juga mempunyai kekuatan yang tersendiri dan kita tidak boleh mengambil mudah.”

Malah, ketika wartawan sempat bertanyakan mengenai kesebelasan utama esok, beliau menjawab dalam keadaan berseloroh.

“Kesebelasan utama esok? Saya tak boleh beritahu kerana ada wartawan mereka (Bangladesh) di sini.”

Malaysia kini fokus untuk membuat persediaan terbaik dan memastikan pasukan turun dalam keadaan terbaik esok.