Advertisement
Jay Chou Akhirnya Buka Mulut
Dunia
MakanBola
Jay Chou

Penyanyi terkemuka Taiwan, Jay Chou akuirnya membuka mulut susulan pelbagai isu yang timbul membabitkan persembahannya dan juga aksi Harimau Malaya.

Seperti yang sedia maklum, perjalanan aksi skuad kebangsaan di Piala AFF ini sering dikaitkan dengan individu ini tatkala pertembungan jadual ini menyebabkan sebanyak 21,000 tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil tidak dapat dijual.

Perkara ini disebabkan kerja-kerja pemasangan pentas sudah pun bermula dan memakan masa sehingga 14 hari untuk disiapkan sekaligus telah menyebabkan segelintir penyokong tegar bola sepak Malaysia berasa kurang senang.

Setelah senario ini berlarutan sehingga menyebabkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan situasi sebenar, penyanyi kelahiran Taiwan ini akhirnya memberikan keterangan lanjut berhubung perkara ini.

“Kepada para penyokong bola sepak Malaysia, saya sedar bahawa perlawanan bola sepak amat penting kepada anda.”

“Saya juga bersedia sepenuhnya untuk bekerjasama sekiranya perlu menangguhkan konsert tetapi anda perlu bertanya kepada badan bola sepak (FAM) atau penganjur venue jika mereka membenarkan saya untuk menangguhkannya.”

Beliau juga menjelaskan bahawa pihaknya terbuka untuk memberi kerjasama selain menyatakan hasrat untuk membuat persembahan hanya untuk peminatnya.

“Saya baik, dan saya hanya mahu menyanyi untuk peminat,” jelasnya menerusi Instagram Storynya.

75A41D01 EE04 401E AAB3 30010E22D691 Jay Chou Akhirnya Buka Mulut
IG: Jay Chou

Keadaan ini sekaligus menyebabkan venue bagi aksi final Piala AFF perlu ditukar sekiranya Malaysia berjaya melangkah ke pentas akhir.