Advertising
JDT B-12 Muncul Juara Youth Champions League, Belasah Wakil Singapura 8-2
MakanBola
JST

Skuad bawah 12 tahun (B-12) Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) menambah satu lagi koleksi trofi dengan menjuarai Puma Youth Champions League.

Kejayaan itu dilakar selepas mereka membelasah wakil Singapura, Island City 8-2 Padang Mawar Pasir Gudang hari ini.

Ubi muda Harimau Selatan tahu mereka hanya memerlukan keputusan seri untuk bergelar juara kejohanan.

Ad

Namun begitu, seiring dengan mentaliti kemenangan yang diterapkan dalam setiap pasukan JDT, pasukan B-12 ini mempamerkan aksi garang ke atas lawan mereka.

Dan itu sudah cukup bagi mereka menambah koleksi kejuaraan yang dimenangi untuk tahun 2023. Selain Puma Youth Champions League, mereka turut menggondol gelaran juara Garuda International Cup pada Julai lalu.

Ad
Ad

Kejohanan ini turut menampilkan skuad muda kelab Singapore Premier League (SPL), Lion City Sailors dan akademi bola sepak Barcelona yang berpangkalan di Singapura.