JDT Bakal Bawa Masuk 4 Muka Baharu
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pengarah Teknikal Johor Darul Ta’zim (JDT), Alistair Edwards memaklumkan bahawa pasukan gergasi dari selatan tanah air itu bakal membawa masuk empat pemain baru pada jendela kedua perpindahan.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu hantaran di laman rasmi media sosial Johor Darul Ta’zim. Menurut Alistair, khidmat empat muka baharu ini bakal dipertaruhkan bagi menambah kekuatan pasukan Johor Darul Ta’zim.

“Johor Darul Ta’zim akan menandatangani empat pemain baharu untuk menambah kekuatan skuad pada jendela perpindahan pertengahan musim.”

Advertisements

Pengarah teknikal JDT ini menyatakan bahawa dua pemain baru ini merupakan pemain tempatan manakala dua lagi pemain bakal mengisi kuota import. Bagaimanapun, masih tiada kenyataan rasmi daripada pihak JDT tentang individu yang dimaksudkan.

“Dua pemain luar negara dan dua pemain tempatan akan menyertai skuad dalam masa terdekat.”

Ketika ini pasukan Harimau Selatan sedang mengungguli carta Liga Super 2022 dengan 16 mata berjaya diraih setakat enam perlawanan. JDT juga bakal menentang Urawa Red Diamond pada peringkat kalah mati saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram