JDT Bakal Sambar Penyerang Brazil Tahun 2023
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) mengesahkan bahawa kelab akan membawa masuk penyerang kelahiran Brazil musim 2023.

Menerusi satu kenyataan di laman sosial Johor Southern Tigers, TMJ memaklumkan bahawa akan ada perubahan yang dilakukan bagi mempersiapkan pasukan menjelang musim baharu.

Katanya, perubahan ini disebabkan pasukan mahu membentuk acuan baharu selain memantapkan lagi jentera serangan pasukan.

Advertisements

Baginda memaklumkan bahawa akan ada tiga pemain import baharu yang akan dibawa masuk bagi memantapkan pasukan.

 Seorang pemain yang dimaksudkan ialah penyerang kelahiran Brazil yang dibawa bagi membantu bahagian serangan yang diketuai oleh Fernando Forestieri dan Bergson Da Silva.

Selain itu, TMJ turut mengesahkan akan ada seorang pemain tengah menyerang dari Sepanyol yang dibawa bersama-sama pemain pertahanan kiri kelahiran Sepanyol juga.

Advertisements

Namun begitu, pertahanan yang mampu beraksi di pelbagai posisi ini bakal mengisi kuota pemain Asia selepas memiliki pas selaku warga Asia.

Ini merupakan salah satu usaha JDT bagi kekal dominan dan menjadi kuasa besar di rantau Asia pada tahun mendatang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram