JDT Bawa Masuk Oscar Arribas
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Juara empat trofi musim lepas, JDT semakin bersemangat melakar pencapaian lebih gemilang dalam Liga Super musim 2023. Selepas berjaya membawa masuk Diogo Luis Santo dan Endrick Dos Santos, JDT membawa masuk pemain berdarah Sepanyol-Filipina, Oscar Arribas.

Pengumuman pemain import terbaru JDT itu dibuat di laman media sosial rasmi JDT hari ini.

Arribas dijangka mengisi kuota pemain import ASEAN JDT. Mampu beraksi sebagai pemain sayap atau pemain tengah menyerang, kehadirannya dijangka menambah sengat serangan JDT di dua posisi berkenaan.

Advertisements

Merupakan graduan akademi Alcorcon, dia membuat kemunculan pertama pada 2016 dalam perlawanan Copa del Rey menentang Espanyol. Sejak itu, Arribas merekodkan 110 penampilan bersama Los Alfareros.

Bagaimanapun, selepas Alcorcon tersingkir ke divisyen ketiga Sepanyol pada musim lepas, dia kemudiannya menyertai FC Cartagena dengan kontrak setahun. Tetapi Arribas memilih untuk menamatkan kontrak lebih awal dengan kelab itu pada 13 Disember lalu.

Advertisements

JDT terus mengekalkan khidmat Bergson da Silva, Fernando Forestieri, Leandro Velasquez, Shane Lowry dan Jordi Amat untuk musim 2023. Arribas menyertai Endrick dan Diogo sebagai pemain import terbaru Harimau Selatan tetapi Endrick dijangka akan bertukar status sebagai pemain naturalisasi pada tahun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram