JDT Bawa Pulang Hampir RM1.2 Juta Ke Tanah Air
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pasukan gergasi dari Selatan, Johor Darul Ta’zim dianggarkan bakal membawa pulang hadiah kejohanan sebanyak RM1.2 Juta.

Hal ini rentetan daripada aksi cemerlang pasukan JDT di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL). Walaupun JDT terpaksa akur dengan kekalahan kepada Urawa Red Diamonds pada aksi Round Of 16 semalam, prestasi yang diperagakan Harimau Selatan sepanjang saingan ACL musim ini wajar diberikan pujian. 

Selepas disemak di laman sesawang SportingNews, setiap kemenangan yang dicatatkan pasukan pada aksi peringkat kumpulan bakal diberikan ganjaran sebanyak 50,000 USD sementara keputusan seri yang diraih pasukan akan menerima sebanyak 10,000 USD.

Advertisements

Setiap pasukan turut akan menerima wang subsidi pelancongan sebanyak 60,000 USD untuk setiap perlawanan.

Untuk rekod, JDT telah mencatatkan empat kemenangan dalam saingan kumpulan serta satu keputusan seri berjaya dilakar. Ini bermakna, JDT dianggarkan bakal meraih keseluruhan hadiah sebanyak 210,000 USD tidak termasuk subsidi setiap perlawanan.

Jika ia ditukar kepada matawang Malaysia, hadiah JDT di peringkat kumpulan sahaja boleh mencecah kira-kira RM1 Juta dan perkiraan ini tidak termasuk dengan subsidi yang akan diberikan.

Advertisements

Pentas ACL ini telah memberikan banyak kebaikan buat pasukan dan arean bola sepak Malaysia. Selain para pemain tempatan ini mendapat pengalaman beraksi di pentas tertinggi di Asia, JDT juga dapat menjana kewangan tambahan hasil ganjaran yang diterima selepas menjadi Juara Kumpulan I.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram