Advertisements
JDT Buktikan Seluruh ‘Permata Selatan’  Ampuh Meledak
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan bahawa mereka benar-benar serius sebagai satu pasukan musim ini.

Skuad Harimau Selatan kini menjadi satu-satunya pasukan yang meledak 30 gol dalam hanya 7 penampilan setakat ini.

Anak didik Tano Solari juga hanya dibolosi satu gol sahaja menerusi sepakan penalti ketika berdepan Kelantan di laman sendiri.

Menerusi statistik yang ditampilkan oleh Johor Southern Tigers, JDT membuktikan kaliber sebagai satu unit apabila daripada 30 gol yanh dijaringkan tidak berpusat kepada seorang pemain sahaja.

Pendahulu jaringan terbanyak, Fernando Forestieri mencatat 6 jaringan manakala tiga lagi pemain, Juan Muniz, Arif Aiman Hanapi dan Diogo Luis masing-masing meledak 4 gol.

Terdapat 6 lagi gol dijaringkan oleh nama-nama seperti Endrick, Corbin Ong, Bergson, Leandro dan juga Syahmi Safari sekaligus mengukuhkan dominasi JDT di persada liga.

Ketajaman setiap pemain yang beraksi selain kemampuan menghidu setiap peluang membuktikan JDT mampu memecahkan rekod jaringan yang dicatat pada musim lalu.

JDT menjaringkan 58 gol dalam saingan Liga Super dan kini berada pada landasan terbaik untuk melakukannya sekali lagi.