Juara bertahan Liga Super musim 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) berada di tangga kedua di Asia Tenggara apabila merekodkan purata kehadiran tertinggi penyokong musim lalu.
Skuad Harimau Selatan mendapat pengiktirafan di Asia Tenggara selepas meraih 4 trofi domestik musim lalu sekaligus berjaya mengekalkannya buat musim kedua berturut-turut.
JDT sekali lagi merekodkan pencapaian terbaik apabila unggul di Asia Tenggara dengan rekod purata kehadiran kedua tertinggi musim lalu.
Pasukan miliki DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mencatat 17,163 orang penyokong secara purata bagi setiap perlawanan musim lalu.
Angka ini membolehkan JDT merekodkan jumlah kehadiran tertinggi bagi pasukan Malaysia musim 2023.
Hal ini membolehkan JDT menghampiri kedudukan juara Thai League, Buriram United di tangga pertama dengan 20,671 orang penyokong secara purata bagi setiap perlawanan.
Kedudukan JDT diikuti oleh beberapa buah kelab Asia Tenggara lain seperti Persija Jakarta (17,360), Thep Xanh Nam Dinh (13,230) dan juga Persib Bandung (12,591) penyokong.
Menerusi pengkalan data yang dikumpulkan oleh MakanBola, Stadium Sultan Ibrahim berada di tangga pertama dengan jumlah kehadiran seramai 195,928 musim 2023 di Malaysia.
Kehadiran tertinggi bagi aksi JDT yang direkodkan bagi tahun 2023 adalah pada aksi terakhir liga bagi menyambut malam kejuaraan pasukan iaitu seramai 33,169 Ribu penonton.
Sokongan padu ini hasil prestasi konsisten yang ditampilkan oleh pasukan sejak permulaan musim yang menyaksikan JDT merekodkan 25 kemenangan dan satu seri tanpa sebarang kekalahan dalam saingan liga.
JDT juga menjaringkan 100 gol dan hanya dibolosi 7 jaringan sepanjang 26 perlawanan yang telah diharungi dengan mengumpul 93 mata.