JDT FC Buat Penambahbaikan Pada Akademi
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Biarpun menunjukkan prestasi cemerlang dalam Liga Super musim ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC sentiasa memastikan kecemerlangan itu selari dengan kemajuan di luar padang. Salah satu daripadanya ialah membuat penambahbaikan ke atas akademi Harimau Selatan.

Penambahbaikan di sini ialah penambahbaikan pada bahagian dapur Pusat Latihan Junior JDT di Padang Mawar. Ini bagi memastikan para pemain akademi mendapat hidangan makanan yang segar sebelum dan selepas menjalani latihan.

Pusat Latihan Junior JDT ini digunakan oleh tiga pasukan iaitu JDT FC II (skuad bawah 23 tahun JDT FC), JDT FC III dan JDT FC IV.

Advertisements

Sementara pasukan remaja bawah 12 hingga 16 tahun pula berpangkalan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Seperti mana dapur Pusat Latihan Junior JDT di Padang Mawar, kemudahan dapur di UTM juga bakal mengalami penambahbaikan.

Dengan menggerakkan proses penambahbaikan ini, ini membolehkan Harimau Selatan bukan saja menyediakan makanan yang lebih bagus kepada para pemain. Malah, ini secara tidak langsung menjadikan pemain memahami kepentingan pemakanan yang baik sebagai pemain profesional.

Advertisements

Sebaik perkara ini dikongsikan di laman media sosial Johor Southern Tigers, ramai memuji langkah yang dibuat pengurusan JDT FC. Ini menunjukkan pihak pengurusan sentiasa mementingkan pembangunan akar umbi pasukan dalam pelbagai aspek untuk jangka masa panjang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram