Advertisement
JDT Gilap Tonggak Kacukan Australia-Malaysia
Piala Belia
MakanBola
Johor Southern Tigers

JDT kini sedang giat menggilap tonggak kacukan Australia-Malaysia bagi musim 2024/25.

Pemain berusia 17 tahun itu dikesan beraksi buat JDT IV di Piala Belia 2024 dan menjadi antara pilihan utama barisan kejurulatihan.

Beraksi sebagai pertahanan tengah, pemilik nama Paarveen Waran kini menjadi antara tonggak tumpuan ketika membantu skuad muda JDT pada musim ini.

Beliau memiliki pakej lengkap di atas padang susulan fizikalnya yang beketinggian 1.92 meter dan menjadi tunjang untuk mengemudi bahagian pertahanan Harimau Selatan.

Namanya mula menjadi sebutan ramai apabila menjaringkan satu gol ketika membantu JDT IV mengatasi Penang dengan keputusan 3-1.

Tonggak kacukan Australia-Malaysia ini bakal menjadi aset penting kepada pasukan dan juga negara tatkala cabaran Kelayakan Piala Asia B-20 akan berlangsung pada bulan September ini.

Sebelum ini, seorang pemain kacukan Itali-Malaysia, Danish Pesenti telah memperkuat JDT III di Piala Belia 2024.

JDT IV kini unggul di tangga teratas Kumpulan B dengan 38 mata selepas 15 perlawanan dan diekori rapat oleh Terengganu dengan 35 mata.