3 Gol Dalam Masa 15 Minit, JDT ‘Hukum’ Terengganu, Mara Ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia
Piala Malaysia
Hairi / SNE Images
Advertisements

Johor Darul Ta’zim menetapi ramalan setelah berjaya menewaskan pasukan terengganu 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim sekaligus mara ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2021.

3 gol dalam masa 15 minit separuh masa pertama menjadi titik tolak kemenangan bergaya Johor darul Ta’zim walalupun terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Safiq rahim dilayangkan kad merah pada minit ke-15.

Johor Darul Ta’zim bermula garang menerusi jaringan awal Bergson da Silva yang merembat deras menewaskan Suhaimi Husin pada minit ke-7.

Advertisements

Gonzalo Cabrera menambah derita Terengganu pada minit ke-11 menerusi tolakan mudah dalam satu keadaan kelam kabut di kotak penalti Terengganu. Gerakan cantik yang dimulakan oleh Arif Aiman dari sebelah kiri berjaya dimanafaatkan Cabrera.

Bergson da Silva sekali lagi menghukum kealpaan pertahanan Terengganu selepas berjaya menjaringkan gol ke-3 pada minit ke-15 menjadikan kedudukan 3-0.

Perlawanan yang semakin tegang antara kedua-dua pasukan menghasilkan beberapa kekasaran dan akhirnya Safiq Rahim diarah keluar padang selepas dikesan menanduk Faisal halim pada minit ke-16.

Advertisements

Terengganu hampir merapatkan jurang pada minit ke-37 namun Jordan Mintah gagal memanfaatkan peluang terhidang di depan matanya selepas tappingnya melambung tinggi melepasi palang JDT.

Bersambung babak ke-2, kedua-dua pasukan memperkemaskan permainan dengan Terengganu meningkatkan asakan namun barisan disiplin pertahanan JDT berjaya mengekang asakan anak buah Nafuzi Zain.

Lawan pasukan JDT di perlawanan akhir masih belum diketahui kerana perlawanan Melaka United – KL City masih berlangsung.

Advertisements

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 akan dilangsung 30 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram