Advertisements
JDT Jadi Bualan Hangat Orang Eropah
Eropah
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi bualan hangat Orang Eropah.

Skuad kendalian Hector Biodglio beraksi cemerlang dalam kempen AFC Champions League Elite (ACLE) apabila melakar kemenangan besar ke atas Shanghai Shenhua dengan keputusan 3-0.

Kemenangan besar itu membolehkan pasukan Harimau Selatan menghuni tangga ke-2 kumpulan dengan 4 mata di belakang kelab Korea, Gwangju FC.

Media Eropah dilihat memberikan perhatian luar biasa kepada pasukan milik DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor selepas perpindahan mega berlaku baru-baru ini.

Bekas pemain Real Madrid dan PSG, Jese Rodriguez kini sah bergelar pemain JDT sekaligus boleh beraksi di ACL.

Perpindahan tonggak berusia 31 tahun itu turut dilaporkan oleh wartawan terkemuka Eropah, Fabrizio Romano sekaligus menjadikan JDT dan Liga Malaysia menjadi tumpuan.

Bukan itu sahaja, beberapa media terkemuka di sana turut membawakan perkhabaran seperti laman EuroFoot dan juga Transfer New Live berkenaan perpindahan ini.

Laman yang memiliki jumlah pengikut mencecah 3 Juta pengikut ini mendapat perhatian bukan sahaja peminat di Asia bahkan ke pasaran Eropah.

JDT kini menghuni tangga ke-5 Asia hasil persembahan memukau sekaligus memintas kedudukan Ulsan HD berdasarkan kemas kini laman Opta Analyst.