Advertising
JDT Kini Kelab Ke-45 Paling Bernilai Di Asia
MakanBola
Haziq/MakanBola

Kelab gergasi Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan apabila kini menghuni tangga ke-45 dalam senarai kelab paling bernilai di Asia.

Skuad Harimau Selatan berjaya mengekalkan mahkota kejuaraan empat trofi selama dua musim berturut-turut pada musim 2023.

Ad

JDT kini terus melebarkan sayap di rantau Asia selepas kini merekodkan peningkatan nilai kelab memasuki tahun 2024.

Ad

Menerusi data yang direkodkan oleh laman Transfermarkt, JDT kini menghuni tangga ke-45 kelab paling bernilai di Asia dengan 15.13 Juta Euro (RM77.74 Juta).

Nilai ini naik mendadak berbanding kedudukan yang dikemas kini pada awal bulan Januari 2024 yang lalu iaitu sekitar 12.58 juta Euro (RM64 Juta).

Ad

Kedudukan terbaru ini menyaksikan JDT menjadi satu-satunya kelab dari Asia Tenggara yang menghuni kelompok 50 kelab paling bernilai dalam senarai AFC.

Ad

JDT juga berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding beberapa kelab ternama Asia seperti FC Tokyo (ke-54) dan juga Gwangju FC (ke-57) di Asia.

Ad

JDT menjadi kelab pertama di Asia Tenggara dan jauh meninggalkan dua pencabar terdekat, Buriram United di tangga ke-65 Asia dengan nilai RM58.82 Juta dan juga BG Pathum United (RM50 Juta) di tangga ke-96 Asia.

Kedudukan ranking kelab di AFC juga menunjukkan pertumbuhan positif apabila JDT menghuni tangga ke-16 di Asia dan 319 di dunia oleh laman analisis terkemuka bola sepak, Opta Analyst.