Ads
JDT ‘Kunci Mulut’
Piala FA
Johor Southern Tigers

Menjelang perlawanan akhir Piala FA, pembantu jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Jose Lopez dan pemain, Junior Eldstal mengambil pendekatan berbeza dengan tidak memberi sebarang komen.

Advertisements

JDT dan Selangor bakal berentap di final Piala FA bagi merebut gelaran juara bagi edisi ke-34 setelah masing-masing cemerlang menyingkirkan Kedah dan Terengganu di separuh akhir.

Advertisements

Dalam sesi sidang media pra perlawanan, JDT diwakili oleh Jose Lopez dan Junior Eldstal tidak mahu memberikan sebarang ulasan mengenai pasukan kendaliannya.

Advertisements
Advertisements

”Saya tiada sebarang komen mengenai perlawanan ini,” kata Lopez dalam sesi sidang media tersebut.

Perkara sama turut diluahkan oleh Junior Eldstal apabila ditanya mengenai persiapan skuad Harimau Selatan untuk turun berdepan Selangor di Bukit Jalil.

Advertisements

Perlawanan akhir Piala FA 2024/2025 bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu, 24 Ogos dengan sepak mula dijadualkan tepat jam 9 malam.

Advertisements

Untuk rekod, JDT merupakan juara bertahan Piala FA musim lalu manakala kali terakhir Selangor bergelar juara adalah pada tahun 2008.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram