Sebagai persiapan menjelang musim baru 2024/25, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) memperkenalkan jersi ketiga yang unik dan menarik.
Pelancaran jersi ketiga baru ini dibuat menerusi platform media sosial Johor Southern Tigers hari ini.
Jersi yang dihasilkan Nike ini sedikit berbeza dengan menggunakan warna hijau neon sebagai warna utama jersi berkenaan.
Ini dilihat dapat membezakan dengan jersi away Harimau Selatan musim 2023 yang menggunakan warna putih sebagai warna utama.
Pelancaran jersi ini turut menampilkan empat pemain JDT iaitu Arif Aiman Hanapi, Nazmi Faiz Mansor, Romel Morales dan Jalil Elias.
Kelibat Arif, Nazmi, Morales dan Elias kelihatan segak apabila memakai jersi ketiga baru Harimau Selatan untuk musim 2024/25.
Jersi ini kini boleh didapati di JDT Direct Megastore, Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dengan harga RM189.
Dengan Harimau Selatan kembali lagi ke pentas Asia menerusi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim 2024/25, ini memperlihatkan cita-cita pasukan itu untuk terus cemerlang dalam setiap pertandingan termasuk ACLE.