Dunia
Advertisements

Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi mendapat perhatian antarabangsa apabila turut disenaraikan sebagai antara kelab terbaik bagi anugerah AFC Club of The Decade oleh badan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Perkara ini diumumkan oleh pihak AFC sendiri dimana selain juara edisi 2015 itu, turut dicalonkan adalah 4 kelab lain yang telah menampilkan prestasi cemerlang sejak edisi 2010 lalu.

Antara kelab yang tercalon bagi anugerah tersebut ialah kelab dari Iraq, Air Force Club yang memenangi saingan sebanyak tiga kali berturut-turut dari edisi 2016 hingga 2018.

Advertisements
JDT 3 JDT Mendahului Senarai Calon AFC Cup Club Of The Decade
JDT juara AFC Cup 2015

Seterusnya ialah Kuwait SC yang pernah muncul juara sebanyak tiga kali iaitu pada edisi 2009, 2012 dan 2013. Satu lagi kelab dari Kuwait, Qadsia FC turut tercalon dimana kelab tersebut memenangi Piala AFC pada 2014 lalu dengan menewaskan Erbil.

Juara edisi 2019, Al Ahed dari Lebanon turut dicalonkan dimana kelab ini hanya dibolosi tiga gol dalam perjalanan mereka muncul sebagai juara.

Undian kepada Johor Darul Ta’zim bagi anugerah AFC Cup Club Of The Decade boleh dibuat di laman web rasmi AFC.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram