JDT Pasang Padang Hybrid Pertama Di Malaysia
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pasukan gergasi selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC mencipta sejarah tersendiri dengan memasang padang rumput hybrid pertama di Malaysia.

Padang rumput hybrid ini dipasang di Stadium Larkin seperti yang dikongsikan pengurusan Harimau Selatan dalam satu video hari ini.

Padang rumput hybrid terhasil menerusi campuran rumput semulajadi dengan rumput tiruan. Cara ini dicapai melalui dua cara iaitu memasukkan rumput tiruan bersama rumput semulajadi atau memasang karpet rumput tiruan di atas rumput semulajadi.

Advertisements

Padang hybrid menjadi pilihan banyak kelab EPL dan kelab gergasi Eropah kerana tempoh pemasangan yang cepat, tahan lama, lebih stabil dan meningkatkan tempoh permainan di atas padang.

Jenama padang rumput hybrid yang terkenal di pasaran ialah GrassMaster. Antara kelab yang menggunakan khidmat Grassmaster ialah Liverpool (Anfield), Everton (Goodison Park), Inter Milan dan A.C. Milan (San Siro) serta Nou Camp (Barcelona).

Di Asia Tenggara atau lebih tepat Indonesia, rumput hybrid mula digunakan buat kali pertama di Stadium Antarabangsa Jakarta (JIS) sejak 2022 menurut laporan Kompas.

Advertisements

Padang hybrid JIS menggunakan gabungan 5% rumput sintetik Limonta dari Itali dan 95% rumput semulajadi jenis Zoysia Matrella. Pemasangan padang ini turut mengikut standard yang ditetapkan FIFA.

Mengikut perancangan JDT FC, sekiranya penggunaan rumput ini di Stadium Larkin menunjukkan hasil yang memuaskan, penggunaannya akan diperluaskan ke semua fasiliti lain termasuk Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram