Ads
Liga Super
Johor Southern Tigers

Dominasi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super musim ini nyata tiada tandingan. Selain tidak pernah tewas dalam 17 perlawanan liga, mereka juga tidak pernah mencatatkan sebarang keputusan seri.

Advertisements

Kini, JDT membuktikan mereka adalah kelab terkuat di negara ini apabila mereka memecahkan rekod jaringan gol terbanyak dalam semusim yang sudah lama dipegang oleh pasukan Selangor sejak tahun 2009 lagi.

Advertisements

Pada tahun 2009, pasukan Selangor telah meledak 64 gol dan JDT berjaya memecahkan rekod tersebut selepas bejaya merekodkan 67 gol walaupun perjalanan liga masih lagi panjang untuk dilalui. Perkara tersebut dikongsikan oleh JDT dalam media sosial mereka.

Advertisements

Advertisements

“67 gol yang dijaringkan oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim setakat ini pada musim 2023 merupakan rekod baharu Liga Super Malaysia. Rekod sebelum ini adalah 64 gol oleh pasukan Persatuan Bolasepak Selangor pada musim 2009. Luaskan Kuasamu Johor,” kongsi JDT di laman instagram mereka.

JDT berjaya memecahkan rekod tersebut selepas membelasah Kelantan FC 5-0 pada aksi Liga Super yang dilangsungkan di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV semalam. Lima gol JDT disumbangkan Fernando Forestieri (2 gol) manakala Bergson, Oscar Arribas dan Akhyar Rashid masing-masing menyumbang satu gol.

Advertisements
Advertisements

Liga Super akan berehat lebih kurang dua minggu bagi memberi laluan aksi final Piala FA yang menemukan JDT dan Kuala Lumpur City FC. Perlawanan akhir itu akan dijadualkan berlangsung pada 22 Julai dan bertempat di Stadium Sultan Ibrahim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram