JDT Perkenal Tawaran Lumayan Kepada Pemegang Pas Bermusim Pasukan
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Menjelang saingan Liga Super musim 2024-2025 yang bakal bermula pada Mei ini, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) membuat tawaran menarik kepada penyokong setia mereka.

Bermula hari ini sehingga 31 Mac 2024, pemegang pas bermusim sedia ada JDT bakal mendapat diskaun sebanyak 10% sekiranya mereka memperbaharui pas dalam tempoh tersebut.

Selain diskaun yuran pembaharuan sebanyak 10%, pemegang pas bermusim JDT juga boleh memilih enam pakej istimewa untuk pas bermusim mereka.

Advertisements

Enam pakej istimewa yang disediakan ini melayakkan pemegang pas bukan saja kemasukan ke semua perlawanan Liga Malaysia 2024-25 (kecuali perlawanan akhir piala).

Malah, enam pakej ini turut menawarkan akses kepada perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC Elite 2024-25 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Advertisements

Tawaran menarik yang disediakan JDT ini mendorong ramai penyokong memperbaharui pas bermusim mereka berdasarkan hantaran terbaru di laman media sosial Johor Southern Tigers hari ini.

Bagi yang belum berkesempatan untuk memohon pas bermusim yang baru, permohonan pas bermusim baru akan dibuka pada April ini.

Advertisements

Penyokong yang memiliki sebarang pertanyaan tentang pas bermusim Harimau Selatan boleh berhubung menerusi talian 07-5852085. Pembaharuan pas bermusim boleh dibuat di SSI dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang setiap hari.

Selepas tawaran ini dibuat, ramai penyokong JDT memuji inisiatif yang diperkenalkan pasukan itu. Ini menunjukkan pengurusan Harimau Selatan bukan saja sentiasa meraikan penyokong setia mereka.

Advertisements

Malah, ini menunjukkan JDT sentiasa berusaha untuk menarik lebih ramai penyokong hadir ke SSI untuk aksi pasukan itu apabila saingan Liga Super bermula pada Mei.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram