Liga Super
PARA pemain JDT meraikan jaringan pertama yang disempurnakan oleh Safawi ketika Harimau Selatan membenam KDA FC 2-0 pada aksi Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi. – FOTO RAJA JAAFAR ALI
Advertisements

Johor Darul Ta’zim (JDT) menjaringkan dua gol menentang Kedah Darul Aman sekaligus mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

Jaringan menerusi sepakan cantik Safawi Rasid pada minit ke-34 dan Natxo Insa pada minit ke-67 sudah cukup buat Harimau Selatan mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih 2021.

jdt vs kedah JDT Pertahan Kejuaraan Piala Sumbangsih Empat Kali Berturut-Turut
PARA pemain JDT meraikan jaringan pertama yang disempurnakan oleh Safawi ketika Harimau Selatan membenam KDA FC 2-0 pada aksi Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi. – FOTO RAJA JAAFAR ALI

Kemenangan ini juga sekaligus memberikan JDT tiga mata penuh untuk saingan Liga Super 2021 sekaligus langkah kanan buat pasukan selatan Tanah Air ini mempertahankan kejuaraan Liga Super ke-8 musim ini.

Advertisements

Perlawanan malam ini juga cukup bermakna buat penyokong JDT dengan kembalinya bekas kapten JDT dari Melaka United, Safiq Rahim yang pernah merangkul Piala AFC bersama pasukan JDT pada tahun 2015.

Johor Darul Ta’zim bakal bertemu Penang pada hari Selasa 9 Mac 2021 di Johor Bahru.

https://www.youtube.com/watch?v=KnqP7DVrA3g

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram