JDT Rancang Pra-Musim Di Eropah Musim Hadapan
Dunia
JOHOR SOUTHERN TIGERS
Advertisements

JDT menamatkan program pra-musim mereka di Dubai dengan tiga kemenangan dan dua kekalahan termasuk tewas di tangan Zenit St Petersburg semalam. Tetapi peningkatan kualiti yang ditunjukkan para pemain mendorong jurulatih Esteban Solari mencadangkan program pra-musim di Eropah pada tahun seterusnya.

Ini kerana menurut Solari, bila berdepan lawan-lawan yang lebih berkaliber, ia secara tidak langsung mendorong pemain untuk belajar dan meningkatkan kualiti permainan mereka.

“Ini adalah perlawanan yang kami sememangnya perlukan untuk memastikan kami ‘humble‘ dan tidak mengambil apa-apa dengan mudah sebelum bermulanya musim 2023.

Advertisements

“Dengan menentang lawan yang mempunyai standard yang lebih tinggi, dalam situasi ini, berdepan juara Russia yang bermain di Liga Juara-Juara UEFA akan membantu kami untuk belajar dan bertambah baik. Ini adalah satu-satunya cara untuk kami menjadi lebih mantap dan lebih kuat.

“Saya telah berbincang dengan ‘Boss’ (DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor) dan berkemungkinan kami akan mengadakan kempen pra-musim di Eropah pula pada tahun hadapan,” katanya dalam satu hantaran di laman media sosial rasmi JDT.

Salah seorang pemain yang menunjukkan peningkatan dalam program pra-musim JDT ialah penyerang muda Arif Aiman Hanapi. Kelincahannya di bahagian serangan memikat hati ramai termasuk meledakkan gol kemenangan Harimau Selatan ke atas Lokomotiv Moscow beberapa hari lepas.

Advertisements

JDT pasti berharap para pemain memanfaatkan pengalaman di Dubai untuk membantu mereka mencipta kecemerlangan dalam Liga Malaysia musim 2023. Harimau Selatan bakal berdepan Terengganu dalam perlawanan Sumbangsih pada 24 Februari sebagai pembuka tirai saingan Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram