JDT Sambar Dua Lagi Pemain Kebangsaan
Dunia
Advertisements

Dua lagi pemain kebangsaan akan memperkuatkan skuad JDT yang ketika ini dalam persiapan untuk menghadapi saingan Malaysia Futsal Premier League (MPFL) 2023, bermula bulan depan.

Dua pemain tersebut adalah Pemain Paling Bernilai (MVP) 2022, Abu Haniffa Hasan dan bintang muda meningkat naik Awalluddin Md Nawi, kedua-duanya dipancing dari Pahang Rangers.

MakanBola difahamkan dua pemain tersebut yang masih berkontrak setahun dengan Pahang Rangers sudahpun meninggalkan kem latihan untuk menyertai pasukan JDT yang baru dibentuk musim ini.

Advertisements

Bagaimanapun tiada maklumat jelas sama ada JDT telah menebus kontrak Abu Haniffa dan Awalluddin, ataupun masing-masing telah dilepaskan secara ‘mutual termination’ oleh Pahang Rangers yang muncul naib juara berganda (MPFL dan Piala Malaysia) pada musim lalu.

Pengumuman rasmi dijangka akan dibuat dalam tempoh terdekat.

Dalam arena futsal, Abu Haniffa adalah antara nama besar, pernah beberapa kali menjulang kejuaraan Liga Futsal Kebangsaan bersama Melaka dan telah menyarung jersi skuad kebangsaan sejak lebih sedekad. Dia menyertai Pahang Rangers pada 2019.

Advertisements

Manakala Awalluddin pula, digelar sebagai wonderkid futsal dan telah bersama skuad kebangsaan sejak usia belasan tahun.

Sebelum ini, JDT telahpun merekrut tujuh pemain dari skuad juara Selangor MAC iaitu penjaga gol Azrul Hadee Taufiq, Azri Rahman, Azwann Ismail dan Muhammad Ekmal Shahrin, Firdaus Ambiah, Daniel Abdul Dain dan Saad Sani.

Mereka akan dibimbing oleh bekas jurulatih Real Betis, Juanito Cupim.

Advertisements

Sebagai rekod, MPFL 2023 akan berlangsung membabitkan 18 pasukan – jumlah tertinggi sejak pertandingan ini diperkenalkan pada 2019.

Pasukan bertanding dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut zon dan kemudahan pengangkutan dengan Kumpulan A terdiri daripada pasukan dari utara (Kedah, KSMR Kangar, Pulau Pinang); timur (Kelantan, Pahang Rangers, Terengganu); ATM, PDRM dan pasukan universiti (KPT-PST Mustangs).

Manakala Kumpulan B pula diisi pasukan dari Lembah Klang (Shah Alam City, Selangor MAC, Selangor TOT, KL City, Kuala Lumpur); selatan (Negeri Sembilan, JDT), Sabah dan Sarawak.

Advertisements

Sepak mula pertandingan dijadual pada bulan Februari dan berakhir pada bulan Julai.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram