Advertisement
JDT Sambar Khidmat Bekas Penganalisa Video Kelantan FC
Liga Super
MakanBola
Pol Corpas

Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terus menambahbaik struktur kejurulatihan JDT II dengan merekrut bekas penganalisis video Lion City Sailors, Pol Corpas Cuatrecasas.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Corpas menerusi satu hantaran di platform media sosialnya hari ini.

“Saya rasa bersyukur untuk mengumumkan yang saya akan menyertai JDT II untuk musim akan datang.

“Ingatan khas kepada Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, Kiko Insa, Martin Priest dan Juanmi Munoz Rodriguez.

“Sudah bersedia untuk satu pengembaraan yang hebat bersama staf David Agusti Martinez, Marcelo Baamonde, Alvaro Vita dan Lorena Roselli. Luaskan Kuasamu Johor,” katanya.

Corpas sebelum ini pernah menggalas peranan sebagai penganalisis video untuk pasukan Kelantan FC dan Fundacion Marcet.

Selepas meninggalkan Kelantan pada pertengahan tahun lalu, beliau menerima tawaran sebagai penganalisis video bekas juara Singapore Premier League musim 2022 itu.

Kehadiran Corpas dijangka membantu ketua jurulatih JDT II yang baru, Juanmi Munoz. Munoz dilantik sebagai pengganti jurulatih sebelumnya, Mariano Echevarria.