JDT Terima Kunjungan Exco Belia Dan Sukan Pulau Pinang
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kisah kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai sebuah kelab gergasi bola sepak menarik perhatian ramai. Justeru, ini mendorong Exco Belia dan Sukan Pulau Pinang, YB Soon Lip Chee mengadakan lawatan ke kelab berkenaan bagi mengetahui rahsia kejayaan Harimau Selatan.

Turut sama mengikuti lawatan berkenaan ialah delegasi dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang (PSDKLPP).

Advertisements

Mereka dibawa oleh pihak pengurusan meninjau kemudahan sukan yang dimiliki JDT termasuk stadium keramat JDT, Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Advertisements

Melihat kemudahan sukan yang terbaik dimiliki kelab berkenaan, ini sudah pasti memberi idea kepada Lip Chee tentang cara melonjakkan bola sepak negeri Pulau Pinang ke tahap yang lebih tinggi.

Pulau Pinang mempunyai banyak kemudahan sukan termasuk Stadium Negeri di Batu Kawan. Tetapi tidak salah sekiranya kerajaan negeri memperuntukkan belanjawan untuk menambahbaik kemudahan-kemudahan sukan yang dimiliki termasuk stadium.

Advertisements

Ini kerana kemudahan yang berkualiti sebegini akan menyumbang kepada kemajuan sukan bola sepak menerusi Penang dalam Liga Super. Selain itu, ini turut menyahut seruan Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim yang mahu kemudahan sukan di negara ini ditambahbaik demi kemajuan bola sepak negara.