Johor Darul Ta’zim meneruskan rentak kemenangnnya di UAE selepas berjaya menewaskan naib juara Liga Slovakia, MSK Zlina 2-1.
JDT bermula baik selepas berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-2 menerusi sepakan deras Gonzalo Cabrera.
Cabrera meneruskan rentak kecemerlangan JDT selepas berjaya menjaringkan gol ke-2 pada minit ke-19.

MSK Zilina yang merupakan naib juara Liga Super Slovakia merapatkan jurang menerusi jaringan Vahan Bichakhchyan pada minit ke-39.
JDT yang berjaya mengawal perlawanan sesekali melakukan gerakan berbahaya namun nasib tidak menyelebahi JDT apabila beberapa percubaan tidak menuju tepat ke gawang gol MSK Zilina.
Untuk rekod, MSK Zilina juga aktif dalam perlawanan peringkat eropah seperti Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa dan sudah pasti perlawanan pemanas badan ini merupakan pengalaman beharga buat Johor Darul Ta’zim.