Syarikat teknologi maklumat terbesar dunia, Hewlett-Packard (HP) mengumumkan kerjasama strategik bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi kerjasama bersama pasukan e-sport Malaysia, ERIMAU.
Pengarah Urusan HP Malaysia, Alex Tan gembira dengan kerjasama ini dan berharap kejayaan bakal menyusul buat pasukan esport Malaysia.
“Kami bangga menjadi salah satu dari pasukan ini dan ingin rakyat Malaysia bangga (dengan kerjasama ini). Kami tidak sabar untuk menunggu kejayaan kelak.”
Dengan kerjasama ini, HP akan memberikan perkakasan komputer kepada atlet esport negara yang beberapa kali mengharumkan nama negara di pentas Asia Tenggara sebelum ini.
HP memberikan tajaan bernilai RM300,000 selama satu tahun kepada skuad esport negara.