Advertising
Jeonbuk Hyundai Antara 11 Kelab Layak Awal Ke Pusingan Kalah Mati ACL2
ACL
MakanBola
PFC/JHMFC/AHSC

11 pasukan sudah mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati AFC Champions League 2 (ACL2) termasuklah Jeonbuk Hyundai.

Aksi pusingan kelima ACL2 berlangsung pada minggu ini dengan menyaksikan 15 perlawanan diadakan membabitkan 8 kumpulan untuk mencari dua wakil ke pusingan kalah mati.

Antara perlawanan tumpuan pastinya terarah kepada aksi di antara Selangor dan Muangthong United di Kelana Jaya yang menyaksikan pelawat bangkit membawa pulang tiga mata.

Ad

Kemenangan Muangthong ini membuka peluang untuk The Kirins untuk mara ke pusingan seterusnya apabila memintas kedudukan Selangor di tempat kedua dengan berbaki satu perlawanan.

Ad

Manakala, satu lagi pasukan kumpulan H, Jeonbuk Hyundai sudah mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya apabila mencatat kemenangan besar ke atas wakil Filipina, DH Cebu.

Jeonbuk menjadi pasukan terbaharu yang menempah tiket awal ke pusingan kalah mati selain Sydney FC dari Australia dan juga kelab Thailand, Port yang terikat 2-2 pada Khamis.

Ad
Ad

Selain tiga pasukan ini, 8 kelab lain iaitu Al Wakrah, Tractor, Al Wehdat, Shabab Al Ahli, Al Hussein, Bangkok United, Nam Dinh dan Sanfrecce Hiroshima turut mara lebih awal ke aksi kalah mati.

Ad

Dengan adanya 11 pasukan ini, kini tumpuan peminat bakal terarah kepada 5 lagi tempat yang perlu direbut oleh 10 kelab untuk melengkapkan 16 pasukan di pusingan kalah mati.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan ACL2 dijadualkan berlangsung bermula pada 3 Disember hingga 5 Disember hadapan.