Advertisement
Jersi Kuching City 2023 Gamit Kenangan Lampau
Liga Super
MakanBola
@tvstvmy

Dengan saingan Liga Super bakal bermula pada minggu hadapan, pasukan-pasukan sibuk membuat persiapan akhir. Bagi Kuching City pula, mereka telah memperkenalkan jersi home dan away baru mereka untuk musim 2023.

Menariknya, untuk video pengenalan jersi mereka, ramai figura terkemuka tampil mempromosikan kelab berkenaan. Ini termasuklah bekas penjaga gol Fulham dan Australia, Mark Schwarzer di mana beliau merupakan bapa kepada penjaga gol import kelab itu, Julian Garcia Schwarzer.

Jersi baru Kuching City yang dihasilkan Star Sports dilihat mengambil inspirasi daripada permulaan kelab di Liga Bolasepak Rakyat hinggalah menjadi sebahagian daripada Liga Super musim ini.

Jersi tersebut turut mempunyai bendera Sarawak yang diletakkan di bahagian tengah jersi. Ini bagi menunjukkan bahawa perjuangan bola sepak negeri itu kini diteruskan oleh Il Gatto untuk Liga Super musim ini.

Jersi home dan away Kuching City ini diperkenalkan dalam satu majlis pelancaran jersi dan pengenalan pasukan di Tebingan Kuching semalam. Ia dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Dengan jersi baru ini, ramai berharap Kuching City dapat membuktikan kemampuan mereka setanding dengan pasukan-pasukan Liga Super lain.