Jersi Terengganu Musim 2023 Rasmi Dilancarkan

Jersi Home Terengganu FC Jersi Terengganu Musim 2023 Rasmi Dilancarkan
Terengganu FC
Azim Noor @mohdazim45
5:55pm 17/02/2023

Selepas menampilkan jersi menarik ketika pra-musim, ramai menyangka itulah jersi sebenar Terengganu dalam saingan Liga Super. Hakikatnya, rupa sebenar jersi mereka ditampilkan menerusi majlis pelancaran jersi skuad Peteh dalam Karnival Black and White Day Terengganu FC hari ini.

Menariknya, video pengenalan jersi Terengganu ini turut mendapat sokongan pelumba trek negara terkenal, Datuk Azizulhasni Awang. Dalam video tersebut, Azizul memperagakan jersi home dan away skuad Peteh.

Sejak gambar-gambar jersi Terengganu dimuatnaik di laman media sosial, ia mendapat reaksi positif para penyokong. Rata-ratanya memuji dua jersi tersebut sebagai kemas dan cantik untuk dilihat.

Malah, ia turut mendapat perhatian pengasas akaun Twitter Thai League Central, Ta Lao. Terpukau dengan penampilan jersi baru Terengganu untuk musim 2023, dia memberi rating 9/10.

Peluang pertama para penyokong melihat skuad Terengganu mengenakan jersi baru di atas padang ialah Perlawanan Sumbangsih pada 24 Februari ini. Dan sebagai pemain ke-12, skuad Penyu amat mengharapkan sokongan mereka menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim.