Jersi Unik Negeri Sembilan Raih Perhatian Penyokong
Liga Super
MakanBola
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Dengan perlawanan Liga Super mereka menentang Sri Pahang esok, Negeri Sembilan menggunakan peluang ini untuk memperkenalkan jersi home mereka untuk Liga Malaysia (Liga M) musim 2023.

Menariknya, video pelancaran jersi home mereka turut menggunakan khidmat legenda pasukan Hoben Jang Hoben, Khairil Zainal. Selain bekas bek tengah skuad Jang itu, kapten Zaquan Adha dan penyerang Shahrel Fikri turut memperagakan jersi berkenaan.

Advertisements

Sejak muncul di laman media sosial, jersi home pasukan itu menimbulkan keterujaan dalam kalangan penyokong. Ini memberi semangat kepada mereka untuk tampil sebagai pemain ke-12 untuk perlawanan sulung Liga Super yang berlangsung esok.

Advertisements

Penyokong Negeri Sembilan mengharapkan jersi baru ini dapat menginspirasikan pasukan mengulangi pencapaian tempat keempat musim lepas. Dan itu dapat direalisasikan menerusi tiga mata pertama dalam perlawanan esok.