Jersi Unik Skuad Projek FAM-MSN Tarik Perhatian Penyokong
Liga M3
FA Malaysia
Advertisements

Dengan pasukan-pasukan Liga Malaysia (Liga M) memperkenalkan jersi masing-masing Skuad Projek FAM-MSN tak ketinggalan memperkenalkan jersi baru mereka. Dan ternyata jersi buatan Puma Active Sport itu tidak mengecewakan dari segi rekaan.

Jersi baru Skuad Projek FAM-MSN ini diperkenalkan dalam satu majlis pelancaran jersi di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.

Kedua-dua jersi menggunakan jalur hitam dan hanya dibezakan dari segi warna iaitu kuning dan putih. Jersi kuning berjalur hitam merupakan jersi home yang diinspirasikan daripada jersi Harimau Malaya dengan jersi putih berjalur hitam pula ialah jersi away.

Advertisements

Ramai berharap dengan jersi baru ini, Skuad Projek FAM-MSN dapat membuang label sebagai pasukan belasahan bila beraksi dalam Liga Simpanan. Dan itu diharap dapat direalisasikan oleh jurulatih mereka, Noor Zaidi Rahmat.

“Selepas dilantik sebagai jurulatih SPFM, perkara paling penting adalah meneruskan kesinambungan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) membabitkan pasukan musim 2023.

“Mereka perlu bersaing dengan lawan lebih senior dan pemain import, sekaligus bersedia mengharungi perlawanan lebih mencabar.

Advertisements

“Secara keseluruhan, perlu mempertingkatkan lagi taktikal kerana daripada segi kemampuan pula, sebenarnya mereka tiada beza dengan pemain pasukan lain,” katanya kepada media selepas majlis hari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram