Jika JDT Bangga Dengan Potensi Daryl Sham, Kelantan FC Juga Bangga Dengan Kelincahan Fazrul Amir
Blog
Gawangdotmy / TRW Kelantan FC
Advertisements

Seiring dengan peredaran masa, pastinya pemain-pemain muda berbakat besar akan muncul setiap kali liga berlangsung. Melihat pemain muda yang meningkat naik ianya sedikit sebanyak mengurangkan kerisauan mengenai sistem pembangunan bola sepak negara.

Baru-baru ini tular di media mengenai pemain muda Johor Darul Ta’azim (JDT) yang sangat konsisten pada musim ini iaitu Daryl Sham. Produk Akademi JDT baru berusia 19 tahun tetapi sudah menjaringkan 3 gol dalam 3 penampilan.

Tiga gol yang dijaringkan itu, dua daripadanya adalah dalam saingan Liga Premier bersama JDT II manakala satu lagi gol adalah bersama skuad utama JDT dalam kemenangan besar 10-0 menewaskan BRM FC untuk saingan Piala FA.

Advertisements

Selain Daryl Sham, pasukan Kelantan FC juga tidak ketinggalan kerana penyokong mereka kini pastinya teruja dengan kehadiran pemain sayap lincah Kelantan FC iaitu Fazrul Amir.

Walaupun hingga saat ini masih tiada gol yang dijaringkan oleh Fazrul Amir, namun keberanian yang beliau miliki dan kelincahan beliau ketika bersama bola sangat mengujakan para pemerhati bola sepak tanah air.

Baru berusia 22 tahun, pastinya aksi Fazrul Amir dinantikan dalam setiap perlawanan yang melibatkan Kelantan FC. Para penyokong Kelantan FC melihat kemunculan Fazrul Amir sisifatkan seperti melihat ‘kelahiran semula’ bekas pemain Kelantan dahulu iaitu Nurul Azwan Roya.

Advertisements

Kedua-dua pemain ini iaitu Daryl Sham dan Fazrul Amir berpeluang untuk membawa cabaran negara dalam Piala Asia Bawah 23 Tahun yang bakal berlangsung 1 Jun nanti. Namun segalanya terpulang kepada pengendali Skuad B-23 negara, Brad Maloney untuk memilih pemain mana yang layak untuk dibawa ke kejohanan berprestij di Asia itu.

Mari kita lihat aksi kelincahan pemian Kelantan FC, Fazrul Amir di bawah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram