Jika Messi Ke Indonesia, Ronaldo Pula Ke Singapura
Asia Tenggara
CNN
Advertisements

Ketika banyak mata tertumpu kepada Lionel Messi yang akan turut serta dalam aksi persahabatan di antara Indonesia dan Argentina, seteru utama Messi, Cristiano Ronaldo pula kini berada di Singapura bagi program amal.

Ronaldo dikhabarkan sudah tiba di Singapura semalam (2 Jun 2023). Kapten skuad kebangsaan Portugal itu akan menghadiri beberapa projek amal bersama-sama dengan usahawan terkenal Singapura, Peter Lim.

Pemenang lima kali Ballon D’or itu dijadualkan berada di Singapura dari 2 Jun hingga 4 Jun. Beliau akan menjadi duta untuk beberapa kempen amal yang bertemakan pendidikan. Kesemua kempen tersebut adalah untuk yayasan yang dibina Peter Lim.

Advertisements

Selain menjadi duta untuk kempen amal, Ronaldo juga bakal bermain permainan ‘Padel Ball’ bersama penduduk setempat sebelum pulang pada 4 Jun. Sejurus pulang, beliau dijangka akan mengalihkan fokus kepada tugasan bersama skuad kebangsaan Portugal.

Portugal akan meneruskan kempen kelayakan EURO 2024 dengan bakal melayan kunjungan Bosnia pada 17 Jun sebelum bertandang ke Iceland untuk satu lagi aksi kelayakan pada 20 Jun.

Portugal dijangka tidak berdepan masalah untuk layak ke kejohanan terbesar eropah itu dan kini mereka mendahului kumpulan J dengan 6 mata selepas meraih dua kemenangan daripada dua perlawanan awal.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram