Jiwa Rozaimi Rahman ‘Tertinggal’ Di Sabah, Bakal Kembali Ke Semenanjung
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Bekas pemain pasukan Sabah, Johor Darul Ta’zim dan Kedah Darul Aman, Rozaimi Abdul Rahman kembali ke semenanjung selepas berehat panjang dari sebarang aksi bola sepak ketika bersama pasukan Kedah Darul Aman.

Pemain kelahiran Bongawan, Papar, Sabah ini sebelum ini mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak lebih awal bersama Kedah Darul Aman untuk pulang ke Sabah.

“.. belum ada rezeki bermain di negeri sendiri lagi. Bulan Disember ini saya akan terbang ke semenanjung.”

Advertisements

“Rezeki ada di mana-mana dan datang tanpa diduga tepat pada masanya, yang penting berusaha dan tawakal.”

Rozaimi turut akan hadir ke Likas bagi memberikan penghormatan dan sokongan terakhir kepada Sabah FC pada perlawanan suku akhir Piala Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 14 November ini.

“14 hari bulan ini kita sokong dulu pasukan kita (Sabah) menentang Melaka United di Stadium Likas, jumpa di stadium.” Jelas Rozaimi di Facebook beliau.

Advertisements

Buat masa ini belum ada maklumat atau bayangan pasukan manakah yang bakal disertai Rozaimi untuk musim baru Liga-M 2022.

Sebelum ini kehilangan Rozaimi menjadi tanda tanya buat penyokong bola sepak tanah air yang rindukan aksi ligatnya di atas padang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram