Ads
Blog
Johor Southern Tigers

Walaupun nama Natxo Insa berada di dalam senarai menunggu skuad Harimau Malaya namun terdapat perkara lain yang menimbulkan tanda tanya para peminat bola sepak tanah air.

Advertisements

Natxo yang merupakan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) baru-baru ini disahkan mengalami kecederaan dan tidak bermain untuk pasukan JDT dalam bebrerapa perlawanan terakhir mereka. Perkara ini disahkan sendiri oleh pengendali JDT, Benjamin Mora.

Advertisements

Segelintir peminat bola sepak meluahkan rasa hairan dengan keputusan Kim Pan-gon dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memanggil Natxo yang sudah diketahui mengalami kecederaan. Walhal masih ramai lagi pemain tengah yang ada di Malaysia untuk diletakkan dalam senarai menunggu.

Advertisements

Advertisements

Malah ada segelintir netizen yang memberi andaian bahawa Natxo akan mengalami kecederaan apabila tibanya waktu untuk panggilan ke skuad kebangsaan.

Natxo 2 Peminat Tertanya-Tanya Jodoh Natxo Insa Bersama Harimau Malaya

Pastinya FAM dan Kim Pan-gon ada sebab tersendiri untuk menyenaraikan pemain berusia 35 tahun itu dalam senarai menunggu. Seperti yang kita ketahui, pasukan negara mensasarkan untuk layak ke Piala Asia 2023 dan sudah tentu pemain-pemain terbaik dari kalangan yang terbaik akan dibawa untuk membawa nama Malaysia.

Advertisements
Advertisements

Sehingga kini, Natxo sudah mempunyai 1 penampilan bersama skuad kebangsaan Malaysia. Penampilan tunggalnya setakat ini adalah ketika perlawanan persahabatan menentang Mongolia pada tahun 2018 di mana pasukan negara mencatatkan keputusan seri 2-2.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram