Joget ‘Sekolah’ Hiasi Kemaraan Timnas Indonesia ke Final Piala AFF

piala aff timnas joget Joget 'Sekolah' Hiasi Kemaraan Timnas Indonesia ke Final Piala AFF
PSSI
Syafiq Freman @syafiqfreman
2:12pm 28/12/2021

Sejurus tamat perlawanan menentang Singapura, para pemain Indonesia dilihat meraikannya dengan joget persis hari pertama masuk ke sekolah.

Menerusi satu ciapan yang dimuat naik oleh laman Twitter rasmi Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), para pemain berjalan sambil berjoget meraikan kejayaan mereka mara ke perlawanan akhir.

Kejayaan Indonesia mara ke perlawanan akhir turut menarik perhatian bekas ketua jurulatih Indonesia dari Sepanyol, Luis Milla yang mengekori rapat perkembangan bekas pasukannya itu.

Ciapan ini menerima lebih 6000 sukaan dan dikongsi lebih 1000 kali di Twitter.

Indonesia bakal bertemu Thailand Rabu ini (29 Disember) di Stadium Nasional Singapura untuk aksi perlawanan akhir Piala AFF 2020.