Advertising
Johan Ghazali Sedia Rencana Strategi Baharu
UltraSukan
Johan Ghazali
Sponsors

Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali sedia merencana strategi pertarungan berbeza bagi membolehkannya mengharungi aksi ONE Championship seterusnya.

Perubahan itu mahu dilakukan beliau kerana tidak semua lawan yang dihadapi akan tumbang dengan taktik serangan yang dimilikinya.

Ad

Antara contoh situasi itu ialah kekalahan Johan di tangan jaguh Colombia, Johan Estupinan dalam saingan ONE 170 baru-baru ini.

Ad

Atas sebab itu, jaguh berusia 18 tahun itu mahu mempelbagaikan strategi yang dimiliki bagi membolehkannya mendominasi pihak lawan.

“Macam biasa, strategi betul tak juga kalah. Jadi, saya kena ubah strategi dan pelan pertarungan dalam perlawanan seterusnya,” katanya kepada media selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Ad

“Tapi kalau dari segi fizikal dan mental, sudah 100%. Cuma macam inilah dalam sukan Muay Thai, kadang-kadang kita menang, kadang-kadang kita kalah.

Ad

“Sukan Muay Thai memang macam itu, dalam separuh saat pertarungan boleh saja berubah. Jadi, tidak apa. Dalam pertarungan seterusnya, kita akan ubah pula.”

Ad

Perubahan ini dilihat sejajar dengan nasihat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ONE Championship, Chatri Sityodtong yang mahu Johan mengubah taktik.

Ini kerana apabila Johan memiliki strategi berbeza dalam gelanggang, Chatri percaya itu akan membantunya menjadi jaguh Muay Thai yang terbaik.