Johor Darul Ta’zim Seri Bertemu Kelab Slovakia, MSK Zilina Di UAE
Dunia
MSK Zilina + JST
Advertisements

Johor Darul Ta’zim seri 2-2 menentang kelab Slovakia, MSK Zilina di Emeriah Arab Bersatu (UAE) dalam satu aksi perlawanan persahabatan sebagai persediaan musim baharu 2022.

JDT bermula baik menerusi jaringan awal Bergson da Silva seawal minit pertama selepas beliau berjaya menyudahkan bola hantaran cantik Arif Aiman.

JDT yang jelas menguasai perlawanan di separuh masa pertama walaubagaimanapun gagal memperoleh jaringan tambahan di separuh masa pertama.

Advertisements

Bersambung babak ke-2, MSK Zilina berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Timotej Jambor yang gagal ditampan Azrif Nasrulhaq pada minit ke-61.

JDT walaubagaimanapun pantas memperoleh jaringan kedua selepas permainan satu-dua Nazmi Faiz dan Moussa Sidibe berjaya disudahkan pemain terbaru JDT dari Sepanyol tersebut.

MSK Zilina walaubagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-88 menerusi jaringan pemain nombor 15 selepas menerima hantaran sepakan sudut.

Advertisements

Perlawanan berkesudahan dengan kedua-dua pasukan seri 2-2 di UAE.

Kedua-dua kelab sebelum ini pernah bertemu pada tahun 2020 dalam satu perlawanan persahabatan di UAE dan keputusan sebelum ini memihak anak didik Benjamin Mora dengan kemenangan 2-1.

MSK Zilina kini berada dikedudukan ke-5 Liga Super Slovakia selepas 19 perlawanan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram