Johor Darul Ta’zim Tewas 4-1 Kepada Pohang Steelers
Dunia
Advertisements

Hasrat Johor Darul Ta’zim untuk mengukuhkan kedudukan kumpulan G, Liga Juara-Juara AFC tidak kesampian selepas tewas 4-1 kepada Pohang Steelers.

Johor Darul Ta’zim bermula baik menerusi jaringan awal Leandro Velazquez pada minit ke-17.

Pohang Steelers yang melakukan beberapa asakan akhirnya memperoleh jaringan penyamaan pada minit ke-35 menerusi sepakan penalti Borys Tashchy

Advertisements

Kang-Sang Woo menggandakan jaringan buat Pohang Steelers juga menerusi sepakan penalti selepas pengadil garisan mengenal pasti terdapat kekasaran dilakukan oleh Mauricio pada minit ke-35.

Johor Darul Ta’zim yang tertekan dengan keadaan ini bermain lebih offensive dan melakukan beberapa kekasaran.

Bersambung babak kedua, JDT dan Pohang sering berbalas serangan namun Pohang lebih bernasib baik selepas berjaya menambah jaringan pada minit ke-82 menerusi jaringan Kwon Gi-Pyo menjadikan kedudukan 3-1.

Advertisements

Pohang sekali lagi menggandakan jaringan selepas memperoleh penalti ke-3 pada masa kecederaan menjadikan kedudukan 4-1.

Perlawanan kekal dengan kemenangan mutlak milik Ponalti Stealers.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram