Piala Sumbangsih 2020 : Kemenangan Pertama Johor DT di Stadium Sultan Ibrahim
Liga Super
Advertisements

Musim baharu bola sepak Malaysia secara rasminya bermula dengan perlawanan Piala Sumbangsih di antara Johor Darul Ta’zim dan Kedah sebagai perlawanan pembuka tirai. Perlawanan tersebut berlangsung di gelanggang baharu Johor Darul Ta’zim, Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.

Menariknya, perlawanan ini merupakan penampilan sulung Matthew Davies bersama Johor Darul Ta’zim sejak diperkenalkan pada 17 Februari lalu. Perlawanan ini juga merupakan penampilan sulung Liridon Krasniqi sebagai pemain bertaraf tempatan menentang pasukan yang pernah menjulang namanya; Kedah.

Kedua-dua pasukan mengekalkan formasi asas mereka; Johor Darul Ta’zim dengan formasi 4-3-3 manakala Kedah pula menggunakan formasi 4-4-2. Tumpuan pastinya lebih terarah kepada trio serangan Johor Darul Ta’zim; Safawi, Diogo Santo dan Cabrera.

Advertisements
Separuh Masa Pertama

Dari segi penguasaan bola, kedua-dua pasukan tampak seimbang walaupun Kedah lebih banyak menyerang kubu Johor Darul Ta’zim. Kedua-dua pasukan juga bermain dengan corak permainan yang agak agresif dan membuatkan pengadil, Razlan Joffri Ali agak sibuk sepanjang 45 minit pertama perlawanan.

Percubaan pertama Kedah hadir pada minit ke-9 perlawanan apabila Hadin Azman berjaya menyambut hantaran lintang Kpah Sherman yang menuju ke ‘far post’ gawang Farizal Marlias. Malangnya, percubaannya meliar dan jauh tersasar.

Johor Darul Ta’zim terpaksa menunggu sehingga ke minit ke-35 perlawanan untuk menjelmakan percubaan pertama mereka. Gonzalo Cabrera bermain hantaran pendek bersama Leandro Velazquez sebelum melepaskan ‘curling shot’ tetapi berjaya ditepis Ifwat Akmal.

Advertisements

Peluang terhidang disia-siakan Tchetche Kipre selepas satu serangan balas pantas dijelmakan Kpah Sherman pada minit ke-43 perlawanan. Hantaran lintang Kpah berjaya disambut Kipre dan menewaskan Farizal Marlias tetapi berjaya dihalang Matthew Davies.

Betul-betul sebelum masa sebenar separuh masa pertama perlawanan tamat, Mauricio Dos Santos menceriakan penyokong Harimau Selatan selepas menanduk masuk hantaran Gonzalo Cabrera. Ifwat Akmal jelas terkedu dengan situasi tersebut yang mana menyaksikan pertahanannya gagal mengeluarkan hantaran tersebut daripada kawasan bahaya.

Separuh Masa Kedua

Separuh masa kedua bermula dengan Kedah meningkatkan intensiti serangan mereka dalam usaha mereka mencari jaringan penyamaan. Johor Darul Ta’zim pula lebih banyak bertahan dan menyerang apabila perlu.

Advertisements

Walaupun Kedah lebih banyak menyerang, Johor Darul Ta’zim mempunyai peluang yang lebih terhidang pada separuh masa kedua. Safawi Rasid hampir menambah lagi jaringan buat Johor Darul Ta’zim namun tendangannya tersasar dari gawang Ifwat.

Gandingan Kpah Sherman dan Kipre Tchetche juga tenggelam pada separuh masa kedua setelah gagal mencipta peluang untuk Kedah menyamakan kedudukan. Mauricio berjaya mengekang setiap asakan duo serangan Kedah tersebut.

Perlawanan berakhir dengan jaringan babak akhir separuh masa pertama Mauricio Dos Santos kekal sebagai satu-satunya jaringan perlawanan Piala Sumbangsih 2020. Johor Darul Ta’zim berjaya mengekalkan Piala Sumbangsih di bumi Johor untuk tahun ke-3 berturut-turut.

Advertisements

Man Of The Match : Mauricio Dos Santos

Kredit Foto : Johor Southern Tigers

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram