Johor & Singapura Jalin Kerjasama Bangunkan Bola Sepak
Asia Tenggara
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kemeriahan aksi ‘Causeway Derby’ membabitkan pasukan Johor dan Singapura satu ketika dahulu bakal kembali.

Ini susulan satu laporan Channel News Asia yang mendedahkan kerjasama bakal dimeterai antara Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

Advertisements

Pemeteraian kerjasama ini bakal disaksikan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim dan Menteri Kebudayaan, Komuniti dan Belia Singapura, Edwin Tong.

Ini merupakan sebahagian daripada jadual lawatan rasmi baginda ke Singapura selama tiga hari bermula hari ini.

Advertisements

Kerjasama ini bakal membawa kepada pembentukan perlawanan piala tahunan membabitkan Pilihan Singapura dan Pilihan Johor.

Perlawanan piala tahunan yang tidak dinamakan ini dijangka diadakan pada tahun hadapan. Bagi ramai peminat bola sepak Johor, ia satu berita baik.

Advertisements

Bagi penganalisis Juan Bapakaw, ia bakal mengembalikan kemeriahan ‘Causeway Derby’ yang pernah menjadi tumpuan penyokong di selatan tanah air satu ketika dahulu.

Selain itu, PBNJ dan FAS juga bakal bekerjasama dalam pelbagai program pembangunan bola sepak terutama di peringkat akar umbi.

Kali terakhir dua pasukan ini berentap ialah dalam aksi Liga Super musim 2015 dengan Singapura ketika itu menggunakan nama Lions XII.

Advertisements

Lions XII tunduk 1-0 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) FC di Stadium Larkin dengan Luciano Figueroa muncul sebagai penjaring tunggal perlawanan.

News Comments Account