Advertising
“Jojo Bangga Jadi Melayu, Bawa Malaysia Ke Mata Dunia”
UltraSukan
Johan Ghazali

Jaguh Muay Thai Malaysia, Johan Ghazali bangga kerana dapat membawa nama negara dan bangsa Melayu ke pentas dunia.

Rasa bangga jaguh berusia 18 tahun itu diterjemahkan menerusi pemilihan busana baju Melayu setiap kali menghadiri sidang media pra-perlawanan ONE Championship.

Ad

Pemilihan busana tersebut cukup penting bagi Johan yang mesra disapa Jojo. Ini kerana dengan memakai baju Melayu, ini menunjukkan bahawa beliau amat menghargai tradisi dan budaya bangsa Melayu.

Ad

“Jojo bangga jadi orang Malaysia dan Jojo bangga jadi orang Melayu. Dan bila Jojo bertanding di pentas dunia, Jojo nak bawa nama Malaysia dan tradisi Melayu sekali,” katanya seperti dilaporkan Remaja.

“Jadi, baju Melayu memang penting. Kalau anda semua nampak, Jojo pakai baju Melayu masa sidang media. Jojo nak tunjuk sebagai orang Melayu, Jojo tidak lari dan bangga dengan tradisi.”

Ad

Johan berharap dapat bangkit semula selepas tewas kepada jaguh Colombia, Johan Estupinan dalam perlawanan ONE Championship di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Ad

Ini termasuk mempelbagaikan strategi semasa perlawanan bagi membolehkan beliau terus maju dalam arena sukan Muay Thai.

Ad